Jadi bagaimana saya boleh melawan slippage(kegelinciran) dalam Forex? Jawapannya sangat mudah - tiada apa cara pun. Anda tidak akan mampu menangani slippage. Bagaimanapun anda mampu mempelajari untuk berdagang dengan keadaan ini. Mari kita lihat apa itu slippage, dari mana ia datang dan bagaimana untuk mengurangkan risiko ketika ia akan muncul.
Apa itu Slippage (Kegelinciran)?
Sekiranya anda membuka pesanan pada sesuatu harga dan kemudian ianya diaktifkan pada harga yang berbeza, maka anda pernah mengalami slippage. Perbezaan beberapa point inilah yang dikenali sebagai slippage.
Apa yang menarik tentang slippage adalah ianya tidak semestinya sesuatu yang buruk. Kadangkala ianya memberikan keuntungan yang lebih kepada anda. Namun kadang kala anda juga akan kerugian lebih dari apa yang anda tetapkan.
Namun jangan terkeliru antara slippage dan ubah harga (requote)
- Requote muncul apabila pesanan anda tidak dilaksanakan pada harga yang anda perlukan dan harga tersebut tiada lagi dalam pasaran. Pada ketika ini anda akan ditawarkan dengan harga baru untuk dagangan anda.
- Slippage pula pesanan anda akan secara automatik dilaksanakan pada harga yang berbeza beberapa pip dari pesanan yang anda telah tetapkan.
Dari Mana Slippage Datang
Slippage terjadi kepada perlaksanaan pasaran yang spesifik. Apabila anda melakukan permintaan, pesanan anda akan berada di dalam barisan. Apabila saat giliran pesanan anda sampai, mungkin jumlah yang masih ada tidak mencukupi untuk pesanan anda.
Mari lihat contoh di bawah:
- 0.9875 - 15 lot yang masih ada
- 0.9874 - 40 lot yang masih ada
- 0.9873 - 100 lot yang masih ada
- 0.9872 - 75 lot yang masih ada
- 0.9871 - 50 lot yang masih ada
Katakan anda mahu masuk ke pasaran pada 0.9871. Masih ada 50 lot yang di dagangkan. Malangnya, keseluruhan lot ini telah dibeli oleh pedagang lain sebelum anda. Dalam kes ini pesanan anda akan dilaksanakan pada harga selepas itu, yang masih ada lot untuk didagangkan iaitu 0.9872. Mungkin juga 75 lot ini habis dibeli sebelum sempat anda mendapatkannya. Maka pesanan anda akan terus diubah kepada beberapa harga yang masih ada, untuk beberapa point.
Jumlah dagangan yang terhad begantung kepada kecairan harga.Sekiranya kecairan tidak yang ada ketika itu tidak cukup untuk melaksanakan pesanan anda ianya akan dihantar kepada penyedia kecairan (Liquidity Provider). Sekiranya pesanan anda terlalu besar, maka ianya boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dihantar kepada beberapa penyedia sekali gus. Ada beberapa pilihan dalam situasi ini.
- Permintaan anda akan dilaksanakan di harga purata dari beberapa penyedia.
- Sekiranya 1 bank menolak untuk memenuhi pesanan anda dan menghantar ke penyedia yang lain, ini akan menyebabkan pesanan anda sedikit lewat. Disebabkan kelewatan ini, mungkin anda tidak akan dapat harga yang anda mahukan.
Slippage terjadi bukan sahaja kepada pesanan biasa namun boleh juga terjadi kepada pesanan tertangguh dan tahap Stop Loss juga Take profit boleh terlaksana
Bagaimana untuk Menurunkan Potensi Terjadinya Slippage
Ada cara penyelesaian untuk setiap situasi. Ianya bergantung kepada punca slippage. Jika anda dapat tahu bagaimana slippage terjadi maka anda boleh kurangkan perkara ini dari terjadi.
Isu Teknikal
Pasaran bergerak dalam keadaan yang sangat laju. Kelewatan dalam isyarat walaupun untuk hanya beberapa saat akan menyebabkan harga tersebut tiada lagi dalam dagangan. Selalunya kelewatan berlaku disebabkan masalah talian/sambungan dari terminal dagangan anda kepada server dagangan atau disebabkan masalah talian internet
Sekiranya anda berdagang menggunakan komputer, seeloknya anda menggunakan kabel LAN daripada Wifi. Kelajuan isyarat akan jadi lebih pantas. Anda juga boleh gunakan penyedia perkhidmatan internet yang lebih bagus yang tiada masalah talian dan gangguan. Sekiranya anda berdagang menggunakan telefon bimbit, sila pastikan anda dihubungkan dengan talian Wifi yang bagus atau gunakan talian internet berkelajuan tinggi.
Tutup semua program yang menggunakan talian internet yang tinggi juga akan membantu anda untuk melaksanakan pesanan dengan lebih pantas.. Ini termasuk semua pesanan ringkas, media sosial, muat turun atau menonton video atas talian.
Gunakan Sela Masa Yang Lebih Besar
Scalper yang menggunakan sela masa yang kecil seperti M5 selalunya merupakan golongan yang terkesan dengan slippage. Bagi mereka perubahan harga walaupun 1-2 point memberikan kesan yang amat besar.Jika anda menggunakan carta harian, perubahan tersebut tidaklah begitu ketara.
Tukar Jenis Akaun
Saya fikir cara ini boleh digunakan sebagai pilihan terakhir. Slippage terjadi disebabkan perlaksanaan di pasaran yang tertentu, maka anda boleh tukarkan akaun interbank anda kepada Standard, sebagai contoh. Namun begitu saya tidak mencadangkan anda menukar semua jenis akaun anda sekiranya slippage adalah masalah yang jarang-jarang terjadi
Elakkan Berdagang Ketika Berita Utama Ekonomi Dikeluarkan
Disebabkan pergerakan yang tidak dijangka dalam pasaran ketika berita utama dikeluarkan, banyak pedagang besar seperti bank cuba untuk melindungi dana mereka dari kerugian besar dan akan keluar dari pasaran. Selalunya bank ini adalah penyedia kecairan harga. Dengan ketiadaan mereka, pasaran harga akan berkurangan secara mendadak. Ianya akan menyebabkan ketiadaan harga yang didagangkan dan kemungkinan slippage terjadi akan lebih tinggi.
Anda tidak akan mampu mempengaruhi pasaran. Jika anda tidak berdagan ketika berita ekonomi, jadi tinggalkan pasaran lebih kurang 30 minit sebelum berita ekonomi diumumkan dan juga selepas 60 minit ianya diumumkan.
Gunakan Pesanan Terhad (Limit Orders)
Jika anda gunakan pesanan tertangguh dalam perdagangan, anda boleh cuba untuk gunakan pesanan terhad (limit orders). Ini kerana sekiranya anda menggunakan pesanan jenis ini, pesanan anda akan disimpan terlebih dahulu oleh penyedia. Ianya akan meningkatkan peluang untuk pesanan anda dilaksanakan.
Fikirkan Tentang Toleransi Slippage
Toleransi Slippage(Kegelinciran) ialah peratusan maksimum Slippage(Kegelinciran) yang boleh anda terima. Pelbagai broker sering mengintegrasikan fungsi ini untuk mengelakkan kerugian daripada perubahan harga yang ketara semasa anda membuat pesanan.
Semak Sikap Broker Anda terhadap Slippage
Anda boleh menjelaskannya dalam beberapa cara.
- Menguji semula strategi dagangan akan membantu anda untuk memahami berapa banyakkah Slippage(kegelinciran) yang dialami dari strategi anda dalam keadaan pasaran yang berbeza.
- Sesetengah broker Forex ada berkongsi laporan slippage ini, supaya pelanggan mereka dapat memahami berapa jumlah purata slippage(Kegelinciran) pada Broker tersebut. Anda boleh menggunakannya untuk membandingkan pelbagai broker dan memilih yang paling sesuai untuk anda.
- Anda boleh memilih akaun demo untuk membandingkan harga pelaksanaan dengan harga jangkaan anda. Ia juga merupakan penyelesaian terbaik untuk memeriksa kejujuran broker. Bandingkan slippage(kegelinciran) akaun “live” dengan slippage(kegelinciran) akaun demo untuk melihat sama ada terdapat sebarang perbezaan.
- Hubungi broker anda. Anda sentiasa boleh menghubungi broker Forex anda tentang polisi slippage mereka. Banyak broker cuba mengurangkan gelinciran atau menawarkan polisi perlindungan slippage(kegelinciran) agar lebih berdaya saing. Gunakan semua maklumat ini untuk mencari broker yang terbaik bagi mengurangkan pengaruh negatif slippage kepada deposit anda.
Kesimpulan
Jangan menganggap slippage adalah perkara yang buruk. Ini menunjukkan broker anda adalah broker sebenar dan pesanan anda sebenarnya dapat dilihat di bank. Jangan lawan slippage, jangan putus asa dan juga jangan tukar broker serta merta kerana slippage. Gunakan cara dari artikel ini dan teruskan menjana keuntungan.