Soalan yang sering ditanya
- SOALAN SYARIKAT
- S: Adakah anda broker berdaftar?
J: FXCL Markets didaftarkan di Botswana bernombor UIN BW00005716042. Pejabat berdaftarnya: Plot 54368 Western Commercial Road, The Hub, Itowers, Cbd, Gaborone, Botswana.
- S: Adakah anda menerima warganegara dari seluruh negara?
J: FXCL Markets tidak menerima warganegara Jepun, Amerika Syarikat dan Kanada untuk membuka akaun perdagangan. Warganegara dari negara tersebut (tanpa mengira tempat tinggal) tidak akan diterima. Penduduk dan warganegara negara sekatan UN juga tidak akan diterima.
- S: Adakah anda broker berdaftar?
- SOALAN PERKHIDMATAN
- S: Apa yang perlu saya lakukan jika baki menjadi negatif?
J: Di FXCL risiko anda dihadkan kepada saiz pelaburan. Jika baki menjadi negatif selepas Stop Out, kerugian anda akan dilindungi sepenuhnya oleh Program Perlindungan Baki Negatif kami[2].
- S: Apakah amaun minimum deposit?
J: Di FXCL Markets anda boleh mendeposit serendah $1. Ambil perhatian bahawa jumlah deposit ini mungkin mencukupi untuk berdagang pada jenis akaun sen (Cent & Interbank Cent). Untuk jenis akaun lain, sila lihat Cadangan baki minimum yang diperlukan.
- S: Bagaimanakah cara membuka akaun di FXCL?
J: Untuk mendaftar profil di FXCL Markets anda perlu melengkapkan borang permohonan dalam talian.
- S: Bagaimanakah cara untuk mendeposit ke akaun?
J: Untuk mendeposit ke akaun anda perlu melengkapkan borang deposit di dalam Kabinet Peniaga.
Di FXCL Markets anda boleh mendeposit dengan mudah menggunakan sistem pembayaran yang tersenarai di halaman Deposit dan Pengeluaran. - S: Apakah caj yang dikenakan bagi deposit dan pengeluaran?
J: FXCL Markets tidak mengenakan sebarang caj bagi deposit dan pengeluaran, tetapi sistem pembayaran mungkin mengenakan caj transaksi. FXCL Markets menawarkan promosi perlindungan caj untuk beberapa sistem pembayaran, anda boleh melihat maklumat pada laman Deposit dan Pengeluaran.
- S: Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendeposit dana?
J: Kebanyakan arahan pembayaran kami diproses dengan segera, jadi anda boleh melihat dana secara terus di dalam baki akaun selepas menghantar permintaan. Deposit menggunakan Bank Tempatan pula selalunya diproses diantara 30 - 180 minit.
- S: Berapa lamakah masa yang diambil untuk memproses permintaan pengeluaran?
J: Di FXCL Markets kami ingin melakukan urusan bersama pelanggan dengan cepat dan selesa. Oleh itu permintaan pengeluaran mengambil masa beberapa jam sehingga 1 hari bekerja untuk diproses.
- S: Bolehkah saya membuat pemindahan dalaman diantara dua akaun?
J: Pemindahan dalaman antara dua akaun dibenarkan jika kedua-dua akaun dimiliki oleh pelanggan yang sama, mempunyai mata wang asas yang sama dan kaedah deposit yang sama.
Pemindahan dalaman tidak dibenarkan:
1. Antara akaun swap dan bebas swap
2. Antara MAM atau ECN Pro Copy dan jenis akaun lain, kecuali ECN Pro*
3. Antara ECN Pro dan jenis akaun lain, kecuali MAM atau ECN Pro Copy*
4. Antara akaun dengan syarat kadar tetap yang berbeza.
*Pemindahan antara akaun MAM dan daripada akaun MAM ke ECN Pro akan ditangguhkan sehingga peralihan jika diminta di luar tetingkap peralihan (rollover window). Pemindahan daripada akaun ECN Pro ke MAM diproses seperti biasa. Pemindahan daripada akaun MAM yang tidak mengikuti mana-mana pengurus, ke akaun ECN Pro atau akaun MAM lain yang tidak mengikuti mana-mana pengurus, akan diproses seperti biasa.
Pemindahan antara akaun ECN Pro Copy dan dari/ke ECN Pro Copy ke/dari akaun ECN Pro diproses seperti biasa. - S: Apakah yang perlu dilakukan jika saya lupa/hilang kata laluan akaun perdagangan?
J: Dalam kes ini, anda boleh menghantar permintaan kepada support@fxclearing.com atau hubungi kami melalui borang Hubungi kami atau Live Chat dan Pasukan Sokongan kami akan menghantar kata laluan baharu ke e-mel anda. Pembaharuan kata laluan akan mengambil masa paling lama dari beberapa minit hingga satu hari bekerja.
- S: Apakah yang perlu dilakukan jika saya lupa/hilang kata laluan Kabinet Peniaga?
J: Dalam kes ini anda boleh menggunakan pilihan "Lupa kata laluan anda" dan ikuti arahan selanjutnya.
- S: Bagaimanakah saya boleh menerima komisen IB yang lebih rendah dari amaun minimum?
J: Anda boleh meminta untuk dipindahkan ke jenis akaun IB Cent supaya anda boleh menerima komisen lebih rendah dari 0.01 USD100 (1/100 dari US cent).
- S: Berapakah jumlah akaun live yang boleh saya buka?
J: Jika Kabinet Peniaga anda tidak disahkan, anda hanya boleh membuka satu (1) akaun live untuk setiap jenis, bermakna satu dari jenis Standard, satu dari jenis Cent, dan seterusnya. Dengan Kabinet Peniaga yang disahkan anda boleh membuka lapan (8) akaun live untuk setiap jenis, bermakna lapan dari jenis Standard, lapan dari jenis Cent, dan seterusnya.
- S: Bagaimanakah jika saya mahu membuka lebih dari lapan (8) akaun live untuk setiap jenis?
J: Jika anda ingin membuka lebih dari lapan (8) akaun live, sila hantarkan permintaan ke Pasukan Sokongan, dan nyatakan sebab khusus. Atau, anda boleh mematikan akaun live yang lama pada jenis ini jika tidak memerlukannya, dan kemudian anda boleh membuka dengan segera akaun live baru pada jenis yang sama.
- S: Berapakah jumlah akaun demo yang boleh saya buka?
J: Anda boleh membuka hingga dua puluh (20) akaun demo untuk setiap jenis akaun. Sekiranya anda ingin membuka lebih banyak akaun demo, sila hantarkan permintaan ke Pasukan Sokongan, dan nyatakan sebab khusus.
- S: Apakah pesanan "beku" pada instrumen Zero Spread dan bilakah ia tidak dibekukan?
J: Instrumen dengan # dalam nama ialah instrumen Zero Spread dan pesanan yang dibuka dengan instrumen ini akan dibekukan selepas dibuka sehingga syarat ini dipenuhi:
- Pesanan akan kekal "beku" sehingga melepasi lebih daripada 3 pip (digit ke-4).
- Pesanan akan kekal "beku" sehingga lebih daripada 180 saat berlalu selepas pesanan dibuka.
Kedua-dua syarat perlu dipenuhi untuk perintah dinyahbeku.
Walaupun pesanan dibekukan - ia tidak boleh ditutup dan tahap SL dan TP padanya tidak boleh diubah suai. Anda akan menerima mesej berikut jika pesanan dibekukan: "Pengubahsuaian ditolak. Pesanan terlalu dekat dengan pasaran" dan pemberitahuan melalui mel dalaman MT4. - S: Mengapakah harga pada carta akaun ECN Pro tidak sepadan dengan harga dalam Market Watch?
J: Kerana pada akaun ECN Pro, suapan harga yang digunakan untuk membentuk harga pada carta ialah suapan generik agregat daripada banyak sumber pasaran manakala harga dalam Market Watch dibentuk berdasarkan suapan harga sebenar daripada pembekal kecairan. Oleh itu, sentiasa lakukan keputusan dagangan anda pada harga daripada Market Watch sahaja, bukan daripada harga pada carta.
- S: Apakah perbezaan antara sistem MAM dan Copy Trading?
J: Pengurus Akaun Pelbagai (MAM) dan sistem Perdagangan Salin (Copy Trading) adalah dua kaedah yang digunakan dalam perdagangan dalam talian untuk menguruskan pelbagai akaun perdagangan.
Kedua-dua Akaun ini melibatkan pengurusan pelbagai akaun perdagangan, tetapi berbeza dari segi kawalan, pembuatan keputusan, pengurusan risiko, dan tahap keterlibatan untuk kedua-dua peniaga dan pelabur.
Mereka mempunyai perbezaan yang jelas:
MAM: Pengurus Akaun Pelbagai membolehkan seorang trader (iaitu pengurus dana atau trader profesional) untuk menjalankan perdagangan pada pelbagai akaun secara serentak.
Proses pembuatan keputusan dalam sistem MAM adalah terpusat dan dikawal oleh peniaga yang menguruskan akaun utama. Perdagangan dilaksanakan berdasarkan analisis, strategi, dan budi bicara trader. Secara umumnya, semakin besar akaun, semakin besar jumlah perdagangan yang diperuntukkan untuknya. Ini memastikan taburan volum perdagangan yang berkadar mengikut saiz akaun dan risiko yang peniaga atau pelabur bersedia ambil.
Pengurusan risiko dalam sistem MAM boleh disesuaikan kepada setiap akaun secara individu, membolehkan profil risiko disesuaikan berdasarkan saiz akaun, keutamaan pelabur, dan strategi perdagangan.
Perdagangan Salin: Dalam sistem Perdagangan Salin (copy trading), pelabur boleh secara automatik menyalin perdagangan seorang trader yang dipilih (di panggil sebagai pembekal isyarat) ke dalam akaun perdagangan mereka sendiri. Pengurusan risiko dalam sistem Perdagangan Salin bergantung pada profil risiko pembekal isyarat.
Pada dasarnya, pelabur mewarisi risiko yang berkaitan dengan strategi perdagangan pembekal isyarat yang mereka pilih untuk diikuti.
Sistem Perdagangan Salin adalah lebih pasif, kerana pelabur hanya perlu memilih pembekal isyarat dan membiarkan sistem secara automatik menyalin perdagangan mereka.
- S: Apa yang perlu saya lakukan jika baki menjadi negatif?
- SOALAN TERMA PERDAGANGAN
- S: Di manakah saya boleh melihat cadangan tentang baki minimum yang diperlukan untuk akaun saya?
J: Anda boleh melihatnya di halaman Kalkulator Perdagangan.
- S: Adakah spread anda tetap?
J: Spread untuk akaun ECN adalah terapung manakala spread untuk akaun Beginner, Standard dan Cent kebiasaannya adalah tetap. Ambil perhatian saiz spread tidak selalu dijamin, ketika pengumuman berita utama dan/atau keadaan pasaran yang terlalu aktif spread boleh melebar tanpa sebarang notis. Tidak ada sebarang had atau keadaan yang spesifik mengenai pelebaran spread, dan dalam kebanyakan kes ia tidak bergantung kepada kami, tetapi lebih kepada keadaan am pasaran. Anda boleh melihat senarai spread di laman web kami.
- S: Apakah polisi anda berkenaan penggunaan perdagangan tidak-layak?
J: Perdagangan tidak-layak adalah dilarang pada semua jenis akaun kecuali akaun ECN Pro.
Perdagangan tidak-layak adalah perdagangan yang mengambil keuntungan atau kerugian kurang dari 3 x spread tetap dan/atau dibiarkan terbuka kurang dari 3 minit.
Jika 50% atau lebih perdagangan anda adalah tidak-layak, strategi anda akan dianggap agresif. Strategi ini termasuk kekerapan membuka/memodifikasi/menutup posisi/pesanan (biasanya lebih dari sekali setiap 10-15 minit) didefinasikan sebagai penggunaan agresif perdagangan tidak-layak.
Penggunaan agresif adalah dilarang pada semua jenis akaun. Peraturan ini termaktub untuk semua jenis perdagangan tanpa mengira keadaan pasaran. - S: Apakah polisi hedging anda?
J: Hedging dibenarkan sepenuhnya kecuali hedging diantara akaun swap dan bebas-swap. Pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan penutupan posisi, penyekatan akaun, atau langkah-langkah wajib yang lain.
- S: Apakah polisi Martingale anda?
J: Martingale adalah dilarang untuk semua jenis akaun kecuali akaun ECN Pro. Martingale adalah strategi perdagangan dimana order baru yang dibuka secara terus digandakan pada arah yang sama (Buy atau Sell) bertujuan mengimbangi kerugian dari perdagangan yang dibuka sebelum ini dengan keuntungan yang dijangka.
- S: Apakah yang akan terjadi jika saya tidak menggunakan akaun perdagangan?
J: Akaun perdagangan anda akan diletak di dalam data arkib jika tiada sebarang aktiviti (sejak sambungan terakhir akaun tersebut) dalam masa 90 hari dari log masuk terakhir ke akaun MT4.
Untuk mengembalikan akaun anda perlu menghantar permintaan ke support@fxclearing.com. Akaun anda akan diaktifkan dan dana yang tertinggal akan dimasukkan semula ke dalam baki akaun. Jika akaun anda tidak aktif dalam masa 32 hari atau lebih, ianya akan dikenakan caj tidak aktif. - S: EA yang manakah boleh saya gunakan semasa berdagang?
J: Semua jenis EA adalah dibenarkan[1].
- S: Apakah Waktu Server?
J: Ia ditetapkan ke GMT+3 pada musim panas dan GMT+2 pada musim sejuk. Sejak tahun 2001, pengaturan musim panas EU telah ditadbir urus oleh Directive 2000/84/EC, menetapkan kewajipan ke atas semua Negara Anggota untuk bertukar ke waktu musim panas pada Ahad terakhir bulan Mac dan menukar kembali ke masa standard mereka ("masa musim sejuk") pada Ahad terakhir bulan Oktober.
- S: Apakah saiz leveraj untuk akaun perdagangan?
J: Leveraj bergantung pada ekuiti dan berubah secara automatik.
Cent
dari 1 sehingga 1000 - 1:1000
dari 1000 sehingga 7000 - 1:500
dari 7000 sehingga 15000 - 1:200
dari 15000 sehingga 20000 - 1:100
dari 20000 sehingga 40000 - 1:25
dari 40000 dan seterusnya - 1:10Start
dari 1 sehingga 500 - 1:2000
dari 500 sehingga 1500 - 1:1000
dari 1500 sehingga 5000 - 1:500
dari 5000 sehingga 10000 - 1:200
dari 10000 sehingga 15000 - 1:100
dari 15000 sehingga 30000 - 1:50
dari 30000 dan seterusnya - 1:10Standard
dari 0 sehingga 5000 - 1:500
dari 5000 sehingga 10000 - 1:200
dari 10000 sehingga 15000 - 1:100
dari 15000 sehingga 20000 - 1:50
dari 20000 sehingga 40000 - 1:25
dari 40000 dan seterusnya - 1:10Interbank Cent
dari 0 sehingga 2000 - 1:1000
dari 2000 sehingga 10000 - 1:500 dari 10000 sehingga 15000 - 1:100 dari 15000 sehingga 20000 - 1:50 dari 20000 sehingga 40000 - 1:25 dari 40000 dan seterusnya - 1:10Interbank Standard
dari 0 sehingga 2000 - 1:2000
dari 2000 sehingga 5000 - 1:1000
dari 5000 sehingga 10000 - 1:500
dari 10000 sehingga 15000 - 1:100
dari 15000 sehingga 20000 - 1:50
dari 20000 sehingga 40000 - 1:25
dari 40000 dan seterusnya - 1:10ECN Pro
dari 1 sehingga 20000 - 1:300
dari 20001 sehingga 40000 - 1:200
dari 40000 dan seterusnya - 1:100Live Contest
dari 1 sehingga 2000 - 1:1000
dari 2000 sehingga 5000 - 1:500
dari 5000 sehingga 10000 - 1:200
dari 10000 sehingga 15000 - 1:100
dari 15000 sehingga 30000 - 1:50
dari 30000 dan seterusnya - 1:10XAUUSD, XAUEUR, XAGUSD persentase Margin 200%.
- S: Adakah leverage bergantung pada jumlah dagangan?
J: Ya. Sekiranya jumlah perdagangan posisi terbuka semasa di akaun anda melebihi jumlah yang dinyatakan di bawah, leverage akan diturunkan secara automatik menjadi 1:100:
- Akaun Start dan Live Contest - 10 lot standard tanpa hedging;
- Akaun Cent - 15 lot standard tanpa hedging;
- Akaun Standard, Interbank Cent dan Interbank Cent - 20 lot standard tanpa hedging. - S: Dimanakah saya boleh melihat senarai lengkap swap?
J: Anda boleh melihat senarai lengkap swap dalam platform MetaTrader 4. Klik-kanan pada sebarang instrumen perdagangan dalam bahagian "Market Watch" dan klik-kiri pada pilihan "Specification" dalam menu dropdown. Senarai panjang kadar swap long dan short untuk pasangan matawang pilihan akan dipaparkan pada tetingkap pop-up.
- S: Bolehkah saya menggunakan EA atau strategi scalping pada akaun spread tetap anda?
J: Tidak, akaun seperti itu tidak dirancang untuk scalping, tetapi untuk perdagangan trend posisi. Sekiranya anda ingin menggunakan EA atau strategi scalping - akaun terbaik yang sangat sesuai adalah akaun ECN Pro.
- S: Di manakah saya boleh melihat cadangan tentang baki minimum yang diperlukan untuk akaun saya?
- SOALAN KUALITI PELAKSANAAN
- S: Adakah pelanggan anda mengalami re-quotes?
J: Sangat jarang. Tiada re-quotes sama sekali pada semua akaun dengan pelaksanaan pasaran.
- S: Adakah pelanggan anda mengalami kelewatan dalam pelaksanaan?
J: Pesanan dilaksanakan dengan segera. Jika anda mengalami kelewatan dalam pelaksanaan sila semak sambungan Internet anda terlebih dahulu. Kelewatan mungkin disebabkan oleh trafik Internet yang perlahan, kelajuan sambungan anda, latensi Penyedia Internet anda berhubung ke server kami, dan lain-lain.
- S: Adakah pelanggan anda mengalami re-quotes?
- SOALAN PLATFORM MT4
- S: Adakah anda mempunyai fail pemasangan MT4 untuk linux/ubuntu? Dimanakah saya boleh memuat turunnya?
J: Anda boleh memuat turun fail pemasangan MT4 untuk Ubuntu menerusi pautan dibawah:
http://www.winehq.org/download/ubuntu - S: Apakah maksud "[so/a: -135.0% -2430.0/1800.0]" dalam ruangan komen pesanan?
J: Komen tersebut bermaksud pesanan telah ditutup mengikut prosedur StopOut. Definisi:
• so - prosedur StopOut;
• /a - dilaksanakan secara automatik daripada pengurus;
• -135.0% - tahap keperluan margin;
• -2430.0 - ekuiti semasa;
• 1800.0 - margin semasa. - S: Harga manakah (BID atau ASK) yang digunakan untuk melukis bar carta dan juga perdagangan?
J: Ambil perhatian dengan peraturan am ini yang boleh membantu anda mencari harga yang betul untuk pesanan di carta:
• Semua carta di platform MT4 sentiasa dibina menggunakan harga BID sahaja
• Semua pesanan BUY dilaksanakan mengikut harga ASK dan ditutup dengan harga BID
• Semua pesanan SELL dilaksanakan mengikut harga BID dan ditutup dengan harga ASK.
Jika anda ingin melihat harga ASK, tekan butang kanan pada carta -> Properties -> Common -> Show Ask Line.
Dalam kes ini anda dapat melihat garisan kedua di dalam carta, menandakan harga ASK.
Sila ambil perhatian bahawa sejarah data, termasuk bar data (high/low/open/close) akan menggunakan harga BID sahaja.
- S: Adakah anda mempunyai fail pemasangan MT4 untuk linux/ubuntu? Dimanakah saya boleh memuat turunnya?
- PERTANYAAN PROGRAM IB
- S: Apa itu Program IB?
J: Program ini adalah untuk mereka yang ingin dibayar untuk kemahiran rujukan mereka. Ia boleh menjadi sumber pendapatan tambahan anda atau perniagaan sepenuh masa. Maklumat lebih lanjut di sini: https://www.fxclearing.com/ms/ib-program.
- S: Bagaimana untuk saya mendaftar sebagai IB?
J: Sekiranya anda tidak mempunyai kabinet yang berdaftar dengan kami, sila daftar sebagai IB di sini: https://www.fxclearing.com/ms/registration/ib. Sekiranya anda telah mendaftar dengan kami sebagai pelanggan, anda perlu pergi ke akaun Introducing Broker > IB account.
- S: Bolehkah saya membuka akaun IB tanpa mengesahkan kabinet saya?
J: Ya
- S: Untuk menyertai program IB, adakah saya perlu menjadi pelanggan di FXCL terlebih dahulu?
J: Ya, anda perlu mendaftar sebagai IB terlebih dahulu untuk menyertai program IB di https://www.fxclearing.com/ms/registration/ib.
- S: Adakah terdapat sebarang yuran untuk mengikuti program IB?
J: Tidak, hanya ganjaran
- S: Adakah saya perlu mempunyai laman web untuk menyertai Program FXCL IB?
J: Tidak, tetapi jika rancangan perniagaan anda memerlukannya - kami boleh membuatnya secara percuma
- S: Di mana saya boleh mengakses pautan rujukan IB saya?
J: Pautan IB boleh didapati di kabinet IB anda di https://www.fxclearing.com/ms/my/ib/settings.
- S: Bolehkah saya melihat pelanggan yang telah mendaftar di bawah pautan rujukan IB saya?
J: Ya, anda boleh melihatnya secara langsung di kabinet anda di sini: https://www.fxclearing.com/ms/my/ib/refferals
- S: Bilakah komisen IB saya dibayar?
J: Komisen IB dibayar serta merta setelah pelanggan anda menutup perdagangan mereka. Komisen sub-IB dibayar setiap hari. Untuk butiran lanjut, sila lihat halaman Program IB.
- S: Berapakah komisen IB bagi setiap lot standard yang akan saya terima?
J: Itu bergantung pada jenis akaun dan instrumen yang digunakan pelanggan anda untuk berdagang. Nilai komisen IB boleh didapati di https://www.fxclearing.com/ms/ib-program.
- S: Adakah terdapat had jumlah komisen IB yang dapat saya terima?
J: Tiada had.
- S: Adakah terdapat perbezaan antara IB (Introducing Broker), Introducing Agent, Introducer?
J: Tiada beza.
- S: Bagaimana saya boleh mengeluarkan komisen IB saya?
J: Untuk mengeluarkan komisen IB, sila pergi ke kabinet anda> Deposit dan Pengeluaran > Pengeluaran. Pilih di sana akaun IB anda dan ikuti arahan yang ditunjukkan di kabinet.
- S: Saya mahu menjadi IB, tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula?
J: Anda perlu membuat beberapa langkah untuk mula:
1) Daftar sebagai IB di sini: https://www.fxclearing.com/ms/registration/ib;
2) Buka akaun IB di kabinet anda di: https://www.fxclearing.com/ms/my/ib/account;
3) Setelah akaun IB didaftarkan, sila pergi ke Tetapan IB dan gunakan pautan IB untuk dikongsikan dengan pelanggan anda yang hendak dirujuk. Dengan cara demikian, semua pelanggan yang diperkenalkan akan didaftarkan di bawah pautan IB anda dan anda akan dapat komisen IB untuk perdagangan mereka. - S: Bolehkah saya memberikan isyarat atau EA kepada pelanggan saya?
J: Ya, anda boleh - tetapi untuk melakukannya dengan betul, dan tidak membahayakan pelanggan dan juga kedudukan anda - beritahu kami sebelum melakukannya, jadi kami dapat membimbing anda untuk melakukannya dengan cara yang betul.
- S: Adakah saya akan menerima komisen sekiranya saya hanya mempunyai 1 pelanggan?
J: Ya. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Perjanjian IB, Bahagian "Pampasan".
- S: Berapakah jarak minimum antara harga buka dan tutup untuk menerima komisen?
J: Sila rujuk Perjanjian IB, Bahagian "Pampasan".
- S: Berapakah masa minimum antara harga buka dan tutup untuk menerima komisen?
J: Sila rujuk Perjanjian IB, Bahagian "Pampasan".
- S: Apakah had program IB?
J: Anda boleh mendapatkan peraturan program IB dalam Perjanjian IB.
- S: Di mana saya boleh mendapatkan bahan promosi seperti sepanduk dan halaman arahan?
J: Senarai sepanduk standard boleh didapati di sini https://www.fxclearing.com/ms/banner-list. Sekiranya anda memerlukan perkara lain, sila hubungi kami melalui e-mel di: support@fxclearing.com
- S: Apakah tujuan penggunaan Laporan Statistik IB?
J: Ini membantu anda memantau keberkesanan pautan IB anda yang diletakkan di sumber luaran.
- S: Bagaimana saya boleh mendapatkan rujukan?
J: Anda boleh menunjukkan faedah berdagang dengan FXCL kepada rakan anda dan membuat catatan di blog anda dan media sosial yang lain. IB kami boleh menggunakan bahan pemasaran percuma kami untuk iklan, termasuk sepanduk FXCL dan petunjuk harga langsung.
- S: Apakah tahap maksimum yang boleh saya capai dengan rangkaian saya dalam Program Komisen IB Tambahan?
J: Ini adalah tahap Platinum, berdasarkan Program Komisen IB Tambahan.
- S: Adakah Program IB ini akan menjadi sumber pendapatan biasa bagi saya?
J: IB kami menerima pendapatan pasif dari perdagangan pelanggan mereka. FXCL menawarkan alat perkongsian komisen IB untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan dan mendorong mereka untuk berdagang. Semakin banyak perdagangan pelanggan yang diperkenalkan, semakin tinggi komisen IB yang anda dapat.
- S: Bolehkah saya menguruskan akaun pelanggan saya sebagai pengurus dana?
J: Ya, anda boleh menggunakan platform MAM kami. Maklumat lebih lanjut di: https://www.fxclearing.com/ms/mam-manager
Sekiranya anda merancang untuk mengurus akaun pelanggan dengan cara yang berbeza, ia boleh diurus dan dicapai melalui Limited Power of Attorney (singkatan - LPOA). Jadi, sila hubungi kami melalui e-mel: support@fxclearing.com - S: Bolehkah saya membawa orang lain untuk menguruskan akaun pelanggan saya?
J: Ya, anda boleh membawa orang lain untuk mengurus, atau anda boleh menghubungi kami untuk mengesyorkan pengurus pihak ketiga anda. Dalam kedua-dua situasi, sila hubungi kami di support@fxclearing.com
- S: Bolehkah anda mengesyorkan saya seorang pengurus wang yang dapat menguruskan akaun pelanggan saya?
J: Anda boleh memilih Pengurus Wang (MM) yang paling menguntungkan dan konsisten di sini: https://www.fxclearing.com/ms/mam-rating
- S: Bolehkah anda mengesyorkan saya pembekal isyarat yang dagangannya boleh saya salin?
J: Anda boleh memilih Pembekal Isyarat yang paling menguntungkan dan konsisten di sini: https://www.fxclearing.com/ms/copy-trading/rating
- S: Bolehkah Master IB menubuhkan komisennya sendiri dalam rangkaiannya?
J: Ya. Untuk menetapkan komisen anda sendiri, sila hantarkan permintaan terperinci kepada kami ke support@fxclearing.com
- S: Apa itu Program IB?