Tetapan Asas
Seperti strategi yang lain, “Cherry Blossom” berfungsi untuk sesetengah keadaan:
- Sela masa: H1
- Pasangan matawang: USDJPY, AUDUSD, AUDJPY, AUDNZD, NZDUSD, NZDJPY
- Waktu dagangan: Sesi Asian
- Hari dagangan: Isnin hingga Khamis
- Perkakas tambahan: Tahap Fibonacci
Bentuk “Cherry Blossom”
Siapa yang berdagang mengikut trend akan mengetahui bahawa trend akan berterusan. Itulah peraturan yang akan kita gunakan. Seperti yang sudah anda fahami, kita akan berdagang pada awal hari semasa sesi Asia, itulah sebabnya kami menggunakan instrumen perdagangan seperti yen Jepun, dolar Australia, dan dolar New Zealand.
Kebarangkalian bahawa hari berikutnya harga akan terus bergerak ke arah yang sama seperti hari sebelumnya adalah lebih tinggi daripada kemungkinan untuk harga berpatah balik. Kami lebih yakin jika candle harian telah melepasi sekurang-kurangnya 30 point dalam satu arah. Oleh itu, jika anda melihat candle harian menurun apabila anda membuka carta semasa sesi Asia, maka harga berkemungkinan akan terus turun. Sekiranya terdapat candle yang naik sekurang-kurangnya 30 point maka harga akan terus meningkat.
Perincian Strategi
Oleh itu, buka carta H1 untuk salah satu pasangan matawang dari senarai di atas. Seterusnya, untuk memudahkan anda, garisan pemisah harian adalah berguna untuk melihat permulaan dan akhir yang tepat pada hari dagangan. Untuk menetapkan pemisah harian perdagangan dalam terminal MetaTrader 4, tekan kekunci Ctrl + Y.
Kami akan mula bertindak pada penutupan candle harian tepat pada tengah malam. Pertama sekali, lihat saiz candle ini. Jarak dari harga buka dan harga tutup mestilah sekurang-kurangnya 30 pip. Sekiranya candle lebih kecil, maka beralih kepada instrumen dagangan yang lain. Anda perlu abaikan instrumen ini.
Itulah masanya apabila anda perlu menarik tahap Fibonacci. Kita akan menggunakannya untuk menentukan harga masuk. Anda perlu menarik garisan dari harga terendah ke harga tertinggi di candle harian jika trend naik atau dari tinggi ke rendah untuk trend menurun.
Kini tiba masanya untuk membuat pesanan. Kita akan menggunakan pesanan tertangguh. Bergantung kepada arah trend, anda perlu memilih membeli atau menjual pesanan. Letakkannya di peringkat berikut:
- 23.6
- 38.2
- 50
Untuk menentukan jenis pesanan, perhatikan lokasi harga pada saat meletakkan pesanan itu. Contohnya, untuk aliran menaik:
- Tetapkan Buy Limit jika harga dibawah dari tahap yang disenaraikan di atas
- Tetapkan Buy Stop jika harga berada dia atas tahap yang disenaraikan di atas
Pastikan tetapkan tahap Stop Loss dan Take Profit juga. Lokasi TP dan SL akan ditentukan oleh paras tertinggi dan terendah dalam candle harian. Sebagai contoh, untuk trend menaik, Stop Loss ditetapkan di bawah harga terendah dan Take Profit di bawah harga tertinggi
Apa Lagi Yang Perlu Diingat
- Anda boleh menggunakan moving average dan bukan candle harian untuk mengesahkan trend. Jika garis naik maka anda boleh masuk pesanan membeli. Jika turun, anda boleh masuk pesanan menjual.
- Tidak semua pesanan tertangguh anda akan dilaksanakan tetapi posisi yang terlaksana mungkin akan ditutup dengan keuntungan.
- Sekiranya anda mempunyai posisi terbuka apabila bertukar ke hari perdagangan yang lain, maka anda tidak sepatutnya menetapkan pesanan tertangguh yang baru. Tunggu posisi sebelum ini ditutup. Jika ia tidak ditutup selama beberapa hari, maka tutup secara manual dan teruskan ke strategi Cherry Blossom.
- Pastikan anda memadam semua pesanan tertangguh pada penghujung hari jika mereka tidak dilaksanakan
- Jika sekurang-kurangnya satu pesanan tertunda anda ditutup oleh Take Profit maka selebihnya mesti dipadamkan.
Kesimpulan
Kunci strategi ini ialah anda masuk ke dalam pasaran selepas candle harian ditutup. Ini meningkatkan peluang bahawa pasaran akan terus bergerak ke arah yang sama dan tidak membuat pergerakan patah balik yang drastik. Walaupun anda tidak menggunakan "Cherry Blossom" secara sempurna, anda masih boleh menggunakan beberapa strategi anda yang lain. Saya berharap anda berjaya dalam berdagang.