Hari ini kita akan membincangkan tentang beberapa perkara penting. Apa itu Nonfarm Payroll, apa yang anda boleh jangka ketika berita ini dan membincangkan strategi mudah ketika berita ini yang 100% berkesan.
Perincian tentang Nonfarm Payrolls
Jadi apa itu Nonfarm Payroll atau NFP? Ianya adalah jumlah pekerja yang bekerja di sektor bukan pertanian atau bukan agrikultur, iaitu termasuk 500 sektor seperti perdagangan, pembinaan, perubatan, kewangan dan lain-lain.
Data dikumpul dari segi cek pembayaran bertulis untuk gaji mereka. Angka-angka ini akan dibandingkan dengan angka bulan lepas. Perubahan besar (100-200 pekerja baru) akan memberi kesan kepada pasangan matawang termasuk USD dan juga emas. Pengumuman angka NFP, akan meningkatkan pergerakan pasaran matawang asing untuk beberapa jam.
Data NFP boleh didapati di mana-mana kalender ekonomi. Angka dan data ini akan dipamerkan pada setiap Jumaat pertama setiap bulan pada 12:30 atau 13:30 GMT. Kalender akan mengandungi data angka dari bulan lepas, bulan semasa dan juga jangkaan bulan hadapan
Reaksi Pasaran Forex Kepada Nonfarm Payroll
Selalunya pedagang mula aktif membuka posisi sebelum keputusan berita dikeluarkan. Ini mungkin akan menyebabkan perubahan harga yang tidak dijangka. Dengan perancangan yang betul, anda boleh membezakan dua senario yang berbeza:
- Jika indikator baru sama seperti data sebelumnya atau data yang dijangka, maka pergerakan pasaran akan meningkat namun tiada pergerakan drastik yang akan berlaku.
- Perubahan indikator yang penting akan menyebabkan pergerakan harga yang besar atau mungkin boleh mengubah arah pergerakan arah.
Peningkatan peluang pekerjaan menunjukkan tumbesaran positif dari segi ekonomi negara, yang mana akan memberi kesan yang baik kepada US Dollar. Begitu juga sebaliknya.
Sebagai syarat utama, ketika data Nonfarm Payroll diumumkan, anda boleh menjangka perubahan-perubahan ini:
- Paling biasa, pergerakan harga 50-60 points
- Pergerakan yang besar, melibatkan pergerakan 100 points
- Pergerakan luar biasa, yang melibatkan pergerakan yang sangat drastik melibatkan 100-200 points
Bagaimana Untuk Berdagang Ketika Nonfarm Payroll
Sama seperti berdagang di mana-mana berita penting ekonomi, para pedagang seharusnya mematuhi tiga perkara penting ini:
- Buka posisi sejurus sebelum berita mengumumkan data bergantung kepada jangkaan yang ada di berita ekonomi kalender
- Membuka posisi sebaik sahaja data dikeluarkan. Para pedagang boleh meletakkan pesanan tertangguh di kedua-dua arah dengan Take Profit lebih kurang 20-50 points dari harga buka. Bila salah satu pesanan tertangguh diaktifkan, batalkan satu lagi pesanan.
- Berdagang dengan price action selepas beberapa ketika berita diumumkan. Pedagang-pedagang ini akan menunggu sehingga penghujung pergerakan harga yang drastik dan hanya membuka posisi hanya selepas pasaran menentukan arah yang lebih stabil
Malangnya, teknik yang kedua, yang paling kerap digunakan membawa risiko yang paling tinggi. Ianya kelihatan seperti strategi yang bagus namun kerap kali kedua-dua pesanan tertangguh akan tertutup dalam keadaan rugi.
Tambahan lagi, berdagang ketika berita ekonomi yang penting membawa beberapa risiko tambahan:
- Kegelinciran
- Pesanan gagal diambil
- Terminal masalah dan tiada pergerakan
- Pelayar broker mengalami lebihan muatan disebabkan pesanan yang terlalu banyak
- Requotes
Jadi anda mesti terfikir bagaimana untuk menyelamatkan dana anda dari rugi ketika Nonfarm Payroll. Ada satu strategi yang sentiasa memberikan keputusan yang terbaik - Mengelakkan terus berdagang ketika Nonfarm Payroll.
Di sini diberikan beberapa tips:
- Jika anda pedagang harian, tutup semua posisi anda setidak-tidaknya 1 jam sebelum pengumuman berita
- Jika anda seorang pedagang jangka masa panjang dan tidak mahu menutup posisi anda, gerakkan Stop Loss anda kerana sudah dapat dijangkakan pergerakan market yang drastik di antara 50-200 points
- Melainkan anda berdagang menggunakan Price Actions sepenuhnya, anda boleh membuka posisi selang beberapa jam selepas berita diumumkan.
Kesimpulan
Jelasnya, berdagang ketika berita penting ekonomi boleh memberikan keuntungan yang besar. Walaubagaimanapun, anda hanya bergantung kepada nasib semata-mata, kerana sangat mustahil untuk menjangkakan pergerakan pasaran ketika ini. Lagi-lagi seperti ketika keluarnya data berita Nonfarm Payroll. Disebabkan itu cara paling berkesan adalah mengelakkan berdagang ketika waktu ini.
Sila beri perhatian bahawa pergerakan besar USD mampu memberi kesan kepada matawang lain seperti Euro. Oleh kerana itu, sesetengah pedagang mengelakkan juga berdagang ketika di NFP walaupun di matawang EURJPY. Tidak perlulah menutup semua posisi anda namun anda perlu sentiasa memantau posisi terbuka anda ketika waktu ini.