Tahukah anda bahawa peratusan manusia yang tidak gembira di negara-negara membangun jauh melebihi jika dibandingkan ke negara miskin di sebahagian negara Afrika? Ini disebabkan kerana manusia sentiasa mahukan lebih dari yang sepatutnya. Tidak kira sebanyak mana yang mereka miliki, mereka tidak akan merasa cukup. Kami boleh katakan secara semulajadinya manusia adalah makhluk yang tamak. Dan jika keinginan melampau dalam mencapai sesuatu untuk mendapatkan faedah, maka ketamakan dalam Forex adalah jalan pintas untuk menghadapi kegagalan teruk.
Bagaimana anda ingin ketahui bahawa keputusan kewangan yang anda putuskan sebenarnya adalah disebabkan emosi? Bagaimana caranya untuk belajar mengawal emosi anda dan seterusnya membuat keuntungan dalam Forex? Teruskan membaca artikel ini
Cuba Rendahkan Jangkaan Anda
Disebabkan oleh iklan-iklan tidak beretika oleh sesetengah pihak yang menjanjikan keuntungan melampau dalam tempoh yang singkat, ramai orang yang menyertai Forex dengan mengharapkan keuntungan mudah dan cepat. Malangnya, di dunia realiti ini tidak menggambarkan perkara seperti yang diiklankan. Anda perlu bersedia untuk hanya menerima keuntungan dari 2% sehingga 20%. Dan ramai juga yang tidak mampu untuk mencapai keuntungan ini.
Selepas meluangkan beberapa hari di akaun Demo, sesetengah pedagang akan terus berpindah ke akaun sebenar, menggunakan wang sebenar. Ini adalah kesilapan mutlak bagi seorang pedagang. Perdagangan di akaun demo ternyata sangat berbeza dari akaun sebenar kerana tiada elemen emosi semasa perdagangan. Apabila anda merisikokan dan menggunakan wang sebenar, keputusan yang anda akan ambil akan melibatkan ketakutan, keterujaan dan semestinya, ketamakan, yang sedang kita perbincangkan.
Adalah sangat penting untuk anda berikan jangkaan yang realistik dalam mensasarkan keuntungan. Bergerak ke arah kejayaan langkah demi langkah, tanpa meninggalkan sebarang peringkat yang penting. Cuba dagangkan akaun demo anda seperti akaun sebenar. Dengan analisis dan jangkaan berita-berita semasa. Sesudah ini, barulah anda mampu berdagang di dalam akaun sebenar. Dan sudah pasti, bersedialah untuk menghadapi kegelisahan di dalam perdagangan Forex.
Bagaimana Anda Tahu Bahawa Keputusan Yang Anda Buat Adalah Disebabkan Emosi
Kejayaan pedagang Forex adalah berdasarkan beberapa langkah penting. Bila anda dapat kenal pasti ketidaktentuan dalam perdagangan, anda samada belum sedar tentang ketamakan yang telah menguasai diri anda. Ini adalah disebabkan keinginan untuk mendapatkan wang secepat mungkin, sehinggakan anda melanggar beberapa peraturan penting. Ini adalah petanda pertama anda sebenarnya telah dikuasai oleh ketamakan.
- Terus mengabaikan plan perdagangan anda. Walaupun sekali anda berdagang tanpa mengikut plan perdagangan yang telah dirangka, mungkin ianya disebabkan oleh emosi.
- Bertukar ke akaun sebenar terlalu cepat atau mengabaikan terus perdagangan di akaun demo
- Anda tidak pernah melakukan pengeluaran, malah sentiasa melakukan deposit dalam perdagangan. Ini adalah petanda pertama yang mana anda perlu mengawal emosi dalam perdagangan, atau emosi akan mengawal anda di kemudian hari
- Sentiasa mengabaikan sistem kawalan risiko. Pedagang sentiasa merisikokan modal secara maksimum, dengan penuh yakin. Namun malangnya, kita tidak akan pernah berjaya menjangkakan pasaran dengan betul 100%. Walaupun anda berjaya untuk percubaan pertama dan kedua, mungkin anda akan gagal untuk percubaan ketiga dan kehilangan segalanya.
- Menggunakan saiz leverage yang maksimum. Pemilihan leverage sepatutnya bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz modal dan tempoh berdagang. Dengan meningkatkan leverage, anda juga meningkatkan risiko perdagangan.
- Aktiviti perdagangan yang berlebihan. Jika anda meluangkan masa yang sangat lama di hadapan carta untuk mencari peluang perdagangan serta membuka posisi dana satu jumlah yang besar, maka anda sudah dikuasai oleh ketamakan dan sudah tiba masanya anda semak kembali plan dagangan anda.
- Mengabaikan Stop Loss dan Take Profit. Kedua-dua perkara ini akan membantu anda dalam mengira nisbah untung-rugi. Sekiranya anda berfikir kedua-dua perkara ini akan menghadkan aktiviti perdagangan anda, maka anda ada masalah dengan ketamakan.
Kesimpulan
Kebanyakan dari anda berkeinginan untuk mendapatkan keuntungan yang besar, ianya tidak boleh dinafikan. Ini kerana kita ke dunia Forex kerana wang dan keuntungan bukan? Walaubagaimana pun, perdagangan di dalam pasaran Forex ada peraturannya. Sekiranya anda ingin kekal dalam dunia Forex, anda perlu patuhinya.
Kejayaan dalam perdagangan hanya berlaku dalam satu situasi - anda perlu melihat angka di skrin, bukan wang. Di permulaannya memang agak sukar untuk anda pelajari tentang perkara ini. Menyimpan journal perdagangan mampu membantu anda dalam perkara ini. Sekiranya anda berjaya menegenepikan emosi ketika berdagang, maka inilah masanya untuk bermula. Namun sekiranya anda masih diselubungi dengan ketamakan dan emosi, maka anda perlu belajar untuk mengawalnya. Sekiranya anda menghadapi masalah dengan orang tersayang atau mempunyai hari yang teruk di pejabat maka elakkan berdagang.
Dan akhir kata, tetapkan satu sasaran jangka panjang dan sediakan plan. Dengan cara ini anda akan mengetahui apa yang anda akan buat dan bagaimana untuk mencapainya.