Kad Prabayar
logotype

Kad Prabayar FXCL

Deposit Segera, Mudah dan Fleksibel

DEPOSIT SEKARANG

Kenapa Menggunakan Kad Prabayar?

Kad Prabayar (PC) mengandungi kod unik untuk anda melakukan deposit ke dalam Akaun Perdagangan FXCL.
PC boleh digunakan sebagai kaedah alternatif untuk pengguna Deposit Tempatan, kerana pelbagai kelebihan:

Deposit Segera

Dengan PC, deposit akan diproses secara automatik dan ditambah ke dalam baki akaun perdagangan dengan segera selepas memasukkan kod di borang dalam Kabinet Peniaga anda.

Mudah untuk digunakan

Menggunakan PC amatlah mudah. Anda hanya perlu memasukkan kod ke dalam borang di Kabinet Peniaga, dan dana akan ditambah secara automatik ke dalam baki akaun perdagangan anda.

Fleksibel

Dengan PC anda boleh menambah dana ke dalam akaun perdagangan pada bila-bila masa, walaupun semasa cuti.

Sah selamanya

Tiada tempoh tamat pada PC, jadi anda boleh menyimpan PC sebagai "dana kecemasan" yang boleh anda gunakan pada bila-bila masa sekiranya anda ingin menambah dana ke dalam akaun perdagangan dengan segera.

 

Fakta Mengenai Kad Prabayar

Sah Untuk Semua Akaun

Anda boleh menggunakan PC pada semua jenis akaun perdagangan, selagi akaun menggunakan Bank Tempatan sebagai kaedah deposit.

Bagaimana Mendapatkannya

Anda boleh membeli PC dengan menghubungi kami di emel malay@fxclearing.com

Pengeluaran ke Akaun Bank Anda

Jika anda mendeposit menggunakan PC, permintaan pengeluaran anda akan diproses menggunakan kaedah Bank Tempatan will be processed using Local Banking method, dimana dana akan dihantar terus ke akaun bank anda.

Tiada Cas

Tiada cas tambahan untuk PC. Amaun yang anda bayar untuk mendapatkan PC bergantung kepada kadar beli semasa yang disediakan oleh penukar (iaitu kadar yang sama dengan proses Deposit Tempatan FXCL)

Penghantaran PC

Hanya FXCL yang menyediakan Kod PC. Selepas pembayaran dibuat, penukar akan menghantar kod kepada anda dengan membalas emel pengesahan pembayaran.

Amaun PC

Kod PC boleh didapati bagi sebarang amaun bermula $1

 

Bagaimana Membuat Deposit Menggunakan PC ?

Untuk mendeposit menggunakan PC, sila ikuti langkah-langkah di bawah :

1. Dapatkan Kad Prabayar melalui emel. 2. Log masuk Kabinet Peniaga anda.
3. Klik butang "Deposit". 4. Pilih akaun perdagangan yang anda ingin deposit. 5. Pilih kaedah deposit Kad Prabayar.
6. Isikan borang permintaan deposit Kad Prabayar. 7. Klik butang "Semak Ini". 8. Klik butang "Hantar".
 

Bolehkah Kami Menggunakan PC dalam Akaun Kadar Tetap?

Ya, anda boleh. Amaun PC akan dikira semula jika anda menggunakan akaun Kadar Tetap.

Contoh:

  • Kadar beli semasa adalah MYR 4.4295 per USD
  • Anda bayar MYR 442.95 untuk membeli $100 PC
  • Jika anda menggunakan $100 PC ini pada akaun dalam kadar pasaran, amaun yang akan ditambah ke baki adalah $100
  • Jika anda menggunakan PC ini pada akaun Kadar Tetap semasa kadar sebenar berubah ke MYR 4.4500 per USD, amaun yang akan ditambah ke baki akan dikira sebagai kadar tetap "amaun PC" x "kadar semasa" / "kadar tetap": $100x4.4500/3.2= $139.06