logotype
April 09, 2017

Kemas kini Windows 10 Creators membuatkan simpanan kata laluan MetaTrader menjadi tidak sah

Pada 11 April ini, Microsoft akan melancarkan Kemas kini Windows 10 Creators, dimana versi Windows akan dikemas kinikan secara lengkap. Malahan, kemas kini ini adalah sama seperti pemasangan sistem operasi yang baru, kerana ia akan mengubah konfigurasi dan kunci sulit. Platform MetaTrader menggunakan data yang terikat dengan sistem operasi dan perkakasan, bagi melindungi data peniaga. Ikatan ini bermaksud walaupun fail platform telah dicuri, pencuri tidak akan boleh masuk ke akaun peniaga atau menggunakan produk yang dibeli dari Pasaran.

Malangnya, selepas perubahan sistem operasi yang disebabkan oleh pemasangan Kemas kini Windows 10 Creators, semua kata laluan akaun perdagangan yang disimpan dalam komputer anda menjadi tidak sah. Kami mengesyorkan anda bersedia dengan keluaran Windows terbaru ini dan simpanlah kata laluan anda di tempat yang selamat, bagi membolehkan anda masuk semula ke akaun setelah kemas kini.

Di samping itu, disebabkan perubahan kunci sulit, salah satu pengaktifan aplikasi yang dibeli dari Pasaran akan hilang, kerana semua produk terikat dengan sistem operasi. MetaQuotes Corporation secara automatik akan menambah setiap satu pengaktifan bagi setiap produk yang dibeli, tidak mengira sistem operasi, sama seperti pengaktifan MetaQuotes yang ditambah selepas kemas kini Windows 10 dari versi 1511 ke 1607. Ini bermakna anda tidak akan kehilangan produk pengaktifan selepas keluaran Kemas kini Windows 10 Creators.

Pengaktifan produk demo juga akan hilang, anda perlu memuat turun semula aplikasi tersebut dari Pasaran.

Yang Benar, 
FXCL Markets