Ianya adalah tidak mustahil untuk mengira sendiri lot saiz tersebut. Harapnya di artikel yang lain kita dapat membincangkan tentang perkara ini. Buat masa ini, kita akan membincangkan tentang beberapa perkakas yang akan membantu anda mengira beberapa perkara secara automatik.
Kalkulator Perdagangan
Ini adalah antara cara yang paling ketara digunakan. Banyak broker menggunakan kalkulator perdagangan di dalam laman sesawang mereka dan FXCL juga tidak ketinggalan melakukan demikian. Program ini agak muda untuk digunakan. Anda hanya perlu menetapkan beberapa parameter:
- Pasangan matawang
- Leverage
- Matawang akaun
- Jumlah transaksi
Sebaik sahaja anda telah menetapkan perkara di atas, anda akan mendapat beberapa perkara tambahan untuk transaksi dagangan anda
- Saiz Kontrak
- Spread
- Margin
- Kos untuk 1 pip atau point
Mengetahui nilai point, anda boleh mengira saiz transaksi yang diperlukan dalam bentuk lot. Katakan anda merisikokan 1% dari dana anda dalam satu transaksi dengan nisbah untung rugi 3:1. Jika baki anda adalah USD1000 maka anda boleh merisikokan USD10 per dagangan. Jika anda meletakkan Stop Loss pada 10 points dari harga buka, maka kos 1 point di dalam situasi anda adalah USD1. Menggunakan kalkulator, anda akan dapati kos untuk 1 point adalah USD1 dengan saiz lot 0.10 untuk matawang EURUSD
Indikator
Ianya tidaklah mudah untuk sentiasa kembali ke laman sesawang broker setiap kali anda hendak mengira saiz lot. Jika sistem dagangan anda perlu menukar lot saiz di setiap dagangan, maka ianya lagi menyukarkan. Ada beberapa indikator yang berguna untuk perkara ini. Ianya akan memudahkan dalam situasi ini. Mari kita lihat beberapa contoh utama.
Lot
Indikator yang selesa digunakan dan kompehensif. Anda masukkan beberapa data penting transaksi ke dalam program
- Risiko per dagangan (peratusan dari jumlah dana keseluruhan)
- Nilai Stop Loss dan Take Profit dalam bentuk Pip
Program akan mengira secara automatik menggikut indikator di bawah:
- Saiz lot
- Potensi keuntungan dan kerugian berdasarkan SL atau TP
- Harga per pip dalam bentuk USD
Juga, anda juga boleh memilih tetapan di dalam indikator, termasuk warna dan saiz tulisan juga lokasi dalam carta anda.
ArgoLotCalculator
Program ini hampir sama dengan Lot yang diterangkan di atas. Bahkan hampir semua senarai program yang kami berikan hampir sama, namun kami akan berikan dalam bentuk kasar. Maka anda boleh memilih indikator yang sesuai untuk anda.
ArgoLotCalculator menunjukkan saiz Stop Loss dan Take Profit. Jumlah risiko bergantung kepada saiz SL. Anda akan melihat 3 baris di dalam carta anda:
- Harga Masuk
- Stop Loss
- Take Profit
Anda boleh menggerakkan garisan di dalam carta. Data di dalam indikator, termasuk lot yang diperlukan akan berubah secara automatik.
Indikator yang berfungsi dalam fungsi yang sama - PositionSizeCalculator. Program ini mengandungi lebih banyak tetapan. Bergantung kepada apa yang anda lebh gemar, mudah atau lebih terperinci, anda boleh fokus kepada salah satu daripada indikator ini.
Calc File
Anda boleh menggunakan indikator ini untuk membandingkan beberapa pilihan bergantung kepada keadaan yang diberikan. Anda boleh meletakkan tiga Stop Loss yang berbeza dan tiga tahap risiko dalam bentuk peratusan. Program ini akan mengira saiz lot dan kos per 1 point untuk setiap situasi. Kemudian anda boleh memilih pilihan yang terbaik.
i-UrovenZero
Indikator pelbagai fungsi yang mengandungi informasi lengkap untuk setiap transaksi termasuk saiz lot yang anda perlukan termasuk Stop Loss malah tahap breakeven. Saya mungkin perlukan artikel yang lain untuk menerangkan tentang perkara ini secara lengkap. Sekiranya anda memerlukan maklumat tentang akaun dan transaksi terbuka, maka i-UrovenZero adalah perkakas yang terbaik.
Infopanel TSLS_mod1
Anda boleh masukkan tiga parameter yang berbeza untuk membuat perbandingan. Di sini anda letakkan tiga saiz lot yang sesuai dan program akan mengira kos setiap point untuk anda. Mengetahui berapa yang anda sanggup laburkan untuk 1 transaksi, anda boleh pilih lot saiz yang diperlukan
Indikator mempunyai fungsi dan tetapan yang banyak. Ianya termasuk pilihan yang berbeza dalam instrument dagangan termasuk logam.
MAX_LOT
Program ini sedikit berbeza daripada yang lain. Indikator ini mengambil kira dana akaun dan mengira saiz lot maksimum bergantung kepada leverage.
Indikator Lain
Sudah pasti, program yang ada bukan sekadar yang kami senaraikan. Ada banyak lagi indikator yang mengira saiz lot berdasarkan data yang ada:
- MaxLot
- LotCalculator
- lot size calc
- lot_profit
- lot calculator
- balance %
Kata Akhir
Dalam Forex, kesalahan dalam mengira adalah kesalahan biasa untuk pedagang pemula. Jika saiz terlalu tinggi, anda boleh kerugian berkali ganda dari apa yang anda jangkakan. Jika terlalu rendah pula, anda akan mendapat sedikit keuntungan daripada yang sepatutnya.
Harapnya dengan pengalaman, anda boleh mengira semua ini dalam fikiran anda sahaja, namun jika anda masih baru, anda perlu menggunakan perkakas ini. Sentiasa bijak dalam berdagang. Selamat maju jaya!