Walaubagaimanapun, penggunaan Expert Advisor tidak selalunya berjalan lancar. Dan ketika ini, bila mana keputusan mula menunjukkan penurunan, para pedagang lebih suka untuk melakukan ujian dan memprogram semula Expert Advisor mereka. Perubahan mendadak tidak selalunya berjaya. Ada beberapa cara untuk menambah baik cara kerja Expert Advisor anda tanpa perlu melakukan perubahan yang mendadak.
Apa Yang Anda Perlu Lakukan
Sekiranya anda ingin tahu punca masalah sebenar Expert Advisor, anda perlu menganalisis cara kerja Expert Advisor. Anda hanya akan mampu membuat keputusan yang tepat jika program tersebut mampu bertahan sekurang-kurangnya 6 bulan. Maka, ianya juga mudah untuk anda menganalisis data-data yang terkumpul
Ada 2 cara untuk melihat keputusan Expert Advisor anda:
- Manual - Anda perlukan data dari journal perdagangan peribadi anda. Cara ini mengambil masa dan sukar
- Menggunakan perkhidmatan percuma seperti Myfxbook
Anda perlu mengoptimumkan perdagangan robot anda sekiranya terjadi 2 perkara ini:
- Permulaannya tidak menunjukkan keputusan yang tinggi
- Sekiranya Expert Advisor memberikan keputusan yang bagus hanya di peringkat awal namun keuntungan semakin berkurangan
Tindakan yang saya akan terangkan dibawah boleh digunapakai bukan sahaja dengan perdagangan yang menggunakan Expert Advisor. Cara yang sama boleh digunakan kepada pedagang yang suka berdagang secara manual.Sekiranya prestasi and semakin menurun, anda boleh gunakan satu atau lebih tips-tips yang diberikan dalam artikel ini dalam aktiviti perdagangan anda. Jadi apa yang anda perlu lakukan?
Cuba Untuk Tidak Mengganggu Teknik Robot
Memandangkan Expert Advisor tidak boleh memberi respon serta merta ketika perubahan turun naik yang mendadak semasa berita ekonomi penting, kebanyakan pedagang akan mematikan fungsi expert advisor mereka. Walaubagaimanapun, sesetengah robot sebenarnya mampu untuk meneruskan perdagangan mengikut arah pasaran. Program seperti berikut mampu menyelamatkan pelaburan anda, dan terima kasih kepada kawalan risiko yang dibina. Namun sekiranya pasaran bergerak ke arah yang anda jangkakan, anda mampu mendapat keuntungan yang besar dalam hanya beberapa transaksi perdagangan sahaja
Jadi, jika Expert Advisor anda dilengkapi dengan fungsi mengikut trend yang bagus, anda boleh cuba untuk tidak mengganggu robot anda bekerja walaupun ketika berita penting ekonomi dikeluarkan dan lihat bagaimana ianya mempengaruhi keseluruhan keputusan.
Mengoptimumkan Waktu Kerja Expert Advisor Anda
Expert Advisor adalah robot yang bertindak dan berdagang secara konsisten tidak kira dalam apa jua keadaan pasaran, walaupun pasaran bergerak secara berbeza dan di masa yang berbeza. Analisis keputusan dagangan anda dari segi masa:
- Pada hari apa Expert Advisor anda memberi keuntungan terbaik
- Minggu/bulan manakah menunjukkan keputusan yang teruk
- Sesi perdagangan mana yang memberi keuntungan terbaik atau terburuk
Berdasarkan data yang dikumpul, anda boleh mengoptimumkan waktu perdagangan. Anda boleh melihat dari Isnin hingga Jumaat untuk keputusan yang teruk, maka anda perlu elakkan berdagang di hari tersebut. Atau sebaliknya. Jadi gunakan Expert Advisor anda pada hari-hari yang mendapatkan pulangan tertinggi.
Analisis ini juga mungkin berguna untuk perdagangan harian. Dengan harapan kecairan harga pasaran yang tinggi pada sesi London, keputusan anda mungkin lebih baik dari sesi Asia. Jadi anda boleh menghadkan waktu kerja Expert Advisor semasa sesi London sahaja
Memeriksa Senarai Instrumen Perdagangan
Kita sedia maklum bahawa Expert Advisor tidak boleh digunakan untuk semua keadaan pasaran. Ini juga diaplikasikan untuk pasangan matawang yang berbeza. Jika anda berdagang pada banyak matawang, sila sediakan jadual untuk melihat keputusan keseluruhan
Ianya berbaoi untuk mengabaikan matawang yang memberikan pulangan yang sedikit. Matawang yang memberikan beberapa Dollar sahaja dalam tempoh yang panjang juga harus diketepikan. Anda boleh cuba untuk gantikan matawang tersebut dengan matawang lain yang memberikan pulangan yang lebih baik
Kesimpulan
Sebelum menyerah kalah kepada sistem Expert Advisor yang anda gunakan, ianya amat berbaloi untuk melakukan pendekatan yang berbeza. Apa pun, Forex adalah seni. Cara pendekatan dan latihan amat penting
Gunakan teknik di dalam artikel ini dan ulangi analisis keputusan dagangan anda untuk beberapa bulan. Anda akan sedari bahawa keuntungan anda akan meningkat. Saya juga berharap begitu. Selamat maju jaya.