Bulls Dan Bears
Anda akan menemui istilah ini dengan kerap. Bulls adalah pedagang yang membuka transaksi pembelian. Bears adalah menjual. Oleh itu, jika pasaran atau arah aliran menaik maka harga semakin meningkat. Sebaliknya, mood menurun bermakna tren itu ke bawah.
Sekiranya anda akan keliru pada mulanya, cuba bayangkan bagaimana bull mengangkat sesuatu pada tanduknya manakala bear mengarah tapak kakinya ke bawah.
Posisi Long dan Short
Pedagang menggunakan konsep ini dengan kerap. Mungkin ini istilah termudah untuk hari ini:
- Long adalah perdagangan beli
- Short adalah menjual
Price Levels (Paras Harga)
Untuk meramalkan pergerakan harga masa depan dengan kebarangkalian yang tinggi, anda memerlukan garis panduan khas. Itulah paras harga. Berikut adalah beberapa baris utama:
- Trend line ( garisan trend )
- Support ( harga lantai )
- Resistance ( harga siling )
- Moving Average, dll
Pergerakan pasaran di sekitar paras harga akan memberi anda isyarat utama untuk membuka dan menutup urus niaga, untuk menetapkan tahap Stop Loss dan Take Profit, yang akan kita bicarakan kemudian.
Highs dan Lows (Harga Tinggi dan Rendah)
Harga pada Forex sentiasa bergerak dalam bentuk gelombang (wave). Bahagian atas wave tersebut disebut harga tinggi sedangkan yang di bawah disebut harga rendah. Di sinilah pedagang menetapkan tahap harga utama mereka.
Support dan Resistance (Harga Lantai dan Harga Siling)
Tahap harga ini adalah kunci dalam analisis pasaran teknikal. Harga cenderung untuk bertindak pada corak tertentu. Itulah sebabnya, jika sukar untuk pasaran memecah sesuatu tahap tertentu, ianya akan membentuk harga tinggi atau harga rendah, maka kemungkinan besar pada masa depan harga juga akan berpatah balik tanpa melanggar dan menembusi garis ini.
Garisan support (harga lantai) ditetapkan pada tahap sebelumnya dan resistant (harga siling) akan dittetapkan pada tahap sebelumnya.
Stop Loss dan Take Profit
Perkara yang sangat penting. Ini adalah arahan pesanan khusus yang akan menutup posisi anda ketika pasaran menyentuh tahap tertentu:
- Stop Loss ditetapkan terhadap pergerakan pesanan anda, yang mengehadkan kerugian maksimum untuk transaksi anda.
- TakeProfit ditempatkan ke arah pesanan anda. Ia secara automatik akan menutup perdagangan anda pada tahap tertentu untuk melindungi keuntungan yang telah anda buat.
Moving Average
Antara penentu paras harga yang berguna. Ia menunjukkan di mana pasaran ada pada masa dahulu. Sebagai contoh, MA200 menunjukkan di mana harganya 200 candle sebelumnya. Oleh kerana kecenderungan pasaran untuk mengulang pergerakannya, Moving Average juga boleh digunakan untuk analisis teknikal:
- Sekiranya harga di atas tahap ini, maka ia adalah penting untuk membuka transaksi pembelian
- Jika carta jatuh di bawah purata bergerak, anda boleh menukar untuk menjual dagangan
Margin
Ini adalah jenis alatan keselamatan tambahan untuk urus niaga anda. Ia seperti insurans untuk kedudukan anda. Apabila melaksanakan pesanan, broker akan memisahkan/menyimpan sementara sebahagian daripada baki anda untuk mengekalkan kedudukan anda. Saiz margin bergantung kepada leverage anda. Dengan leverage 1: 100, margin akan menjadi 1% daripada jumlah transaksi anda.
Katakan anda membuka kedudukan pada 0.1 standard lot dengan leverage pada 1: 100. Dalam kes ini, jumlah urus niaga anda adalah $ 10,000 dan margin ialah $ 100.
Margin Call dan Stop Out
Untuk mengekalkan transaksi sentiasa terbuka, anda memerlukan margin tertentu. Sekiranya jumlah dana anda mula menurun semasa floating, anda akan menerima pesanan untuk membesarkan margin anda. Ini dipanggil Margin Call. Apabila anda menerima mesej sedemikian, anda mempunyai dua pilihan:
- Deposit segera atau membuat pemindahan dalaman ke akaun dagangan anda supaya mempunyai dana yang mencukupi untuk menyokong posisi anda sehingga ianya berpaling ke arah anda.
- Tutup satu atau lebih untuk mengurangkan tekanan pada margin anda.
Jika anda tidak melaksanakan salah satu daripada tindakan ini atau keadaan pasaran tidak berubah arah, maka posisi yang tidak menguntungkan akan mula tertutup satu demi satu, bermula dengan yang paling tidak menguntungkan, sehingga tahap margin kembali mencukupi. Perintah untuk menutup dagangan itu disebut Stop Out.
Ini bukannota yang menyeronokkan untuk menamatkan artikel.. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa perdagangan Forex bukan sekadar permainan. Ppenting untuk anda bersedia dengan berhati-hati. Itulah satu-satunya cara untuk bertahan dan terus maju di masa hadapan.