Untuk berdagang emas, anda perlu memahami pergerakan, memahami mengapa pergerakan itu berlaku dan memilih strategi yang betul. Dalam artikel berkenaan dengan instrumen ini, kita akan pergi lebih jauh berkenaan dengan sejarah dan belajar bagaimana untuk berdagang emas.
Rujukan Sejarah
Emas adalah antara 7 logam pertama yang ditemui oleh manusia pada 4 - 5 ribu tahun sebelum Masihi dan dianggap sebagai logam yang berharga. Keputusan ini diambil berikutan penemuan yang dilakukan ketika penggalian barang-barang kuno. Arkiologi kerap menemui kepingan dan barangan emas di tapak penggalian.
Pada masa yang sama kehadiran logam berharga ini mula menjadi kayu pengukur untuk status kewangan sesebuah negara. Ianya juga disandarkan untuk matawang kertas, yang mana emas tulen menunjukkan nilai matawang tersebut. Semua sistem ini berfungsi dengan baik sehingga 1971 apabila Amerika mengambil keputusan untuk tidak menggunakannya lagi, dan kemudian dunia mula membentuk pertukaran matawang asing, Forex.
Pada 1978, Amerika mengambil keputusan untuk menilai matawang asing untuk disandarkan kepada US Dollar. Setelah mengabaikan emas tulen, bilangan matawang yang disandarkan kepada emas tulen menurun secara mendadak. Ini menyebabkan negara Eropah mula memulangkan US Dollar dan menuntut ditukarkan dengan emas tulen.
Hari ini, ahli ekonomi masih mahukan pertukaran disandarkan dengan emas dikembalikan, namun agak mustahil untuk menjadi realiti dalam masa terdekat. Ini mewujudkan peluang terbaik untuk spekulasi dalam pasaran Forex.
Dari Mana Emas Datang
Tidak banyak emas di bumi ini, namun penghasilan emas dalam bentuk bar dan tempat pemprosesannya hanya ada di beberapa tempat sahaja. Negara yang menerajui perlombongan logam berharga ini bertukar setelah beberapa ketika kerana bilangan emas yang semakin menurun di kawasan tersebut. Lima negara yang mengungguli pengeluaran emas:
- China
- Australia
- Russia
- USA
- Canada
Nilai matawang untuk negara ini sering disandarkan kepada emas. Ini dibuktikan dengan contoh Chinese Yuan. Bank pusat negara-negara ini mempunyai impak dalam harga emas dunia dan juga matawang.
Siapa Yang Memiliki Emas
Walaupun Amerika telah mengabaikan emas tulen,mereka tetap mengumpul logam berharga untuk menampung ekonomi. Sehingga hari ini, Amerika mengungguli carta simpanan emas terbanyak. Antara negara lain yang menyimpan sejumlah emas adalah:
- USA
- Germany
- Italy
- France
- Russia
Pertukaran emas juga mempengaruhi kadar logam ini dan juga nilai matawang tempatan. Apabila krisis ekonomi bermula, simpanan emas mereka akan digunakan di dalam pasaran untuk meningkatkan semula nilai matawang , seperti yang dilakukan untuk US Dollar dan Euro.
Emas di Industri
Emas juga terkesan dengan permintaan dalam industri ini. Ianya digunakan untuk pembuatan barang kemas, Industri bahan kimia dan penghasilan komputer, telefon bimbit dan banyak lagi di pelbagai bidang
Kesinambungan ini mudah dilihat ketika berlakunya krisis. Harga emas jatuh apabila ekonomi tidak berkembang dan akan lebih mahal apabila ekonomi meningkat naik
Perdagangan Emas
XAUUSD bergerak sama seperti instrumen lain dalam Forex. Karakter naik, turun dan malar bergantung kepada berita ekonomi penting yang diumumkan secara bermusim seperti meningkat atau malar dalam waktu-waktu tertentu, contohnya.
Jika anda lihat carta XAUUSD, anda akan lihat pergerakan berikut:
- Sejak abad XIX bermula, harga meningkat dengan sekata.
- Pada 2011, harga emas turun mendadak dan memulakan pergerakan menurun
- Bermula 2014, instrumen ini bergerak dalam jarak yang lebih luas
Apabila harga emas dalam keadaan malar, tidak bermaksud anda tidak boleh berdagang. Jika anda lihat pada carta harian, anda akan dapat lihat pergerakan harga jangka masa panjang. Sebagai contoh, pada tahun 2018, emas bergerak kebawah dari musim bunga sehingga penghujung musim panas. Jika anda membina strategi dagangan untuk jangka masa pendek dan sederhana, maka anda akan mendapat keuntungan yang bagus di instrumen emas ini.
Perdagangan Emas Bermusim
Sama seperti instrumen Forex yang lain, emas juga bermusim. Sebagai contoh, sebelum Christmas harga selalunya akan meningkat dan peningkatan ini selalunya juga berakhir pada penghujung Januari.
Peningkatan mendadak juga dilihat pada penghujung musim panas. Pada masa ini, jumlah dagangan pada instrumen lain berkurangan. Disebabkan kecairan yang berkurangan di instrumen yang lain, para pedagang akan mencari peluang dan pasaran yang lebih sesuai dan bertukar kepada emas.
Mari kita lihat apa yang dipelajari pada hari ini. Kini kita tahu apa yang mempengaruhi harga emas, pergerakan utama dan bagaimana musim mempengaruhi harga. Di artikel seterusnya, kita akan pelajari strategi perdagangan emas.