Kebanyakan pedagang meluangkan berjam-jam di hadapan skrin untuk mencari peluang dagangan. Pedagang juga selalunya akan rugi kerana isyarat dagangan mereka tidak menguntungkan
Jika anda perasan, mungkin masalah ini yang anda hadapi sekarang, maka anda perlu berhenti menggunakan cara tersebut. Pada hari ini anda akan pelajari bagaimana untuk mencari peluang berdagang yang betul-betul anda perlukan dan buang tabiat buruk sebelum ini.
Perkara Yang Anda Perlu Cari Dan Teliti
Ianya hanya mengambil beberapa saat untuk memahami peluang dagangan samada ianya sesuai atau tidak. Sekiranya anda melihat peluang sejurus anda log masuk ke MT4 dan ianya memenuhi syarat dagangan anda, maka anda mungkin boleh melakukan transaksi tersebut. Namun sekiranya anda perlu memasukkan indikator yang pelbagai, menukar sela masa, memasukkan lebih banyak indikator, sahkan harga-harga lain dan sebagainya, maka dagangan anda itu mungkin sudah tersasar jauh dari jangkaan anda.
Masalahnya adalah, pada bila-bila masa, carta akan sentiasa memberikan anda peluang dagangan sekiranya itu yang anda cari. Lebih-lebih lagi dengan teknik yang “mantap”, anda akan dapat lihat peluang jual dan beli pada masa yang sama.
Ianya boleh disebabkan banyak faktor yang mana anda dapat lihat beluang tanpa henti ini, namun kebanyakannya disebabkan oleh emosi anda sendiri
- Tamak - Anda inginkan sebanyak mungki dalam tempoh yang singkat
- Putus asa - Anda gagal sebelum ini dan perlukan keuntungan segera
- Ego selepas beberapa kejayaan sebelum ini
- Marah dan dendam dengan pasaran selepas beberapa kali kekalahan
Mengapa Kita Melihat Peluang Di Mana-Mana
Otak kita sangat menakjubkan - kita selalu melihat perkara yang kita inginkan. Sebagai contoh dapat mengecam pelancong disebabkan penampilan mereka yang berbeza. Anda akan sentiasa dapat melihat mereka walaupun di tempat yang ramai, walaupun anda tidak mencarinya.
Malah saintis juga telah melakukan beberapa eksperimen:
- Calon-calon diminta untuk mengenal pasti wajah yang berbahaya dan menakutkan dari beberapa keping gambar. Calon dengan mudah memilih gambar wajah yang ganas dan garang. Kemudian, saintis memberi set kedua tanpa wajah-wajah berbahaya dan menakutkan. Calon masih memilih beberapa gambar, walaupun gambar dari set kedua hanyalah gambar wajah-wajah biasa. Ini kerana mereka diminta melakukan demikian, walaupun tiada gambar wajah berbahaya di set yang kedua.
- Pada eksperimen lain pula, sekumpulan pegawai diminta untuk melaporkan sebarang kejadian jenayah di kawasan kejiranan mereka. Walaupun kadar jenayah telah turun mendadak, pegawai tersebut masih melaporkan kejadian-kejadian remeh. Kerana mereka diminta melakukan demikian
Kesimpulannya, anda akan melihat apa yang anda cari. Ianya boleh dilakukan untuk peluang dagangan juga.
Bagaimana Untuk Mengatasinya
Malangnya, sekiranya keinginan anda untuk mendapatkan peluang keuntungan lebih kuat dari analisis otak anda, lambat laun anda akan jumpa “peluang” tersebut. Ianya akan menemui apa sahaja kesinambungan dan peluang, walaupun sebenarnya ianya tiada apa-apa alasan kukuh. Apa yang anda perlu lakukan adalah pelan yang jelas. Pada peringkat awal, anda boleh menggunakan senarai semak. Kemudian anda boleh semak samada peluang dagangan itu memenuhi syarat-syarat sistem anda atau tidak. Walaupun hanya satu tidak memenuhi syarat dagangan, anda sepatutnya tidak melakukan pesanan ke pasaran
Peluang dagangan yang baik tidak akan muncul serta merta. Ianya perlu latihan. Pada peringkat awal, sila gunakan akaun demo dahulu.
Masa yang anda perlu luangkan di demo akaun bergantung kepada:
- 2 bulan sekiranya anda masih baru bermula dengan Forex. Dalam masa ini anda berpeluang untuk mengalami semua keadaan pasaran
- 1 bulan sekiranya anda mencuba sistem baru di sela masa D1
- 1 minggu sekiranya untuk strategi dagangan harian (intraday)
Berapa Kali Anda Perlu Sema Carta Sehari
Jawapannya adalah bergantung kepada sela masa yang anda gunakan:
- Sehari sekali untuk D1
- Beberapa jam sekali untuk H4
- Setiap jam untuk H1
Anda tidak perlu melihat carta setiap saat. Sekiranya anda berdagang di sela masa yang kecil, maka anda perlu memilih sesi dagangan yang sesuai dan hanya memilih peluang berdagang dalam sesi tersebut sahaja. Sebagai contoh anda berdagang di sela masa H1 di sesi Eropah dan US, maka anda perlu melihat carta sejam sekali semasa sesi tersebut.
Kesimpulan
Ianya tidak masuk akal untuk sentiasa mencari peluang yang bersesuaian setiap masa di pasaran. Bila masanya, peluang tersebut akan daang kepada anda. Pendekatan ini dikenali sebagai “Low-Hanging Fruit” strategy yang telah kita bincangkan di dalam blog sebelum ini.
Apa yang anda perlukan adalah latihan tentang strategi anda di akaun demo. Bila anda sudah selesa dengan sistem tersebut, maka peluang yang bersesuaian akan datang dengan sendiri