Mari bincangkan teknik dan peraturan berkenaan dengan perdagangan hari Jumaat. Anda akan mempelajari bilakah waktu yang sesuai untuk menutup posisi anda, atau membiarkannya dibuka sepanjang hujung minggu, bagaimana hari Jumaat memberi signal yang akan mempengaruhi pergerakan pasaran pada hari Isnin dan sebagainya. Mari mulakan.
Bilakah Waktunya Untuk Menutup Posisi Pada Hari Jumaat
Ianya penting untuk bersedia dalam menutup posisi lebih awa. Sila pastikan pada jam berapa broker anda menutup pasaran mereka. Sebagai contoh FXCL menutup pasaran pada jam 2300 waktu server. Waktu yang lebih tepat selalunya diumumkan di dalam terma dan syarat broker. Syarikat biasanya ditentukan oleh waktu server, sila ketahui akan perbezaan waktu tempatan dan waktu server anda.
Selalunya, perdagangan pada hari Jumaat berbaloi jika ditutup awal. Ini kerana kebanyakan berita penting ekonomi akan diumumkan. Sebagai contoh, sekali dalam sebulan pada 1530 atau 1630 GMT, USA akan mengumumkan Nonfarm Payroll. Pada waktu ini, digalakkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti perdagangan dan menutup semua trasaksi satu jam sebelum berita NFP diumumkan.
Mulakan pagi anda, terutamanya pada hari Jumaat dengan memeriksa jadual berita penting ekonomi untuk berita-berita yang akan diumumkan. Sekiranya anda tidak mempunya sebarang strategi perdagangan yang tertentu di dalam instument stok, anda boleh menutup posisi anda dan biarkan hujung minggu berlalu pegi dengan selamat.
Pengaruh Pergerakan Pasaran Pada Hari Jumaat Kepada Pergerakan Pasaran Hari Isnin
Ambil perhatian kepada pergerakan pasaran sewaktu sesi Eropah dan Amerika pada hari Jumaat. Sekiranya pedagang major Forex tidak menjangkakan perubahan yang ketara pada hujung minggu, mereka akan aktif untuk menjual atau membeli. Ini akan menyebabkan pergerakan ke atas atau ke bawah yang ketara
Kebanyakan pedagang Forex merupakan pedagang harian, dan kebanyakan pesanan posisi dalam pertukaran matawang asing juga akan ditutup pada hari Jumaat. Pedagang major pula akan kekal di dalam pasaran. Ada sesetengah maklumat dalaman namun ianya tidak sesuai untuk pedagang runcit. Tambahan pula sumber maklumat tidak dapat dipastikan secara sahih. Namun ada yang akan mengambil risiko untuk mengekalkan posisi mereka terbuka pada hujung minggu. Mereka sanggup mengambil risiko dan dikenakan caj swap pertukaran hari.
Sesetengah tindakan pedagang akan memberi impak yang ketara dalam membentuk formasi pergerakan pasaran. Disebabkan itu, pada hari Jumaat sekiranya anda perasan jika ada pergerakan ke atas atau ke bawah di petang Jumaat, ianya akan diteruskan sehingga hari Isnin. Pengaruh pedagang besar juga boleh dikesan di candlestick mingguan atau harian. Pada hari Isnin anda boleh masuk posisi bergantung kepada pergerakan atau bentuk dan signal ini.
Berdagang Pada Hari Jumaat Berdasarkan Candle Mingguan
Sebagai syarat, apabila minggu berakhir, kebanyakan pedagang sudah membuat keputusan berdasarkan emosi. Disebabkan ini pada Jumaat petang anda boleh membina strategi perdagangan berdasarkan candle mingguan. Tukarkan carta kepada W1 dan buka posisi berdasarkan candle yang terbentuk. Kebarangkalian tinggi, pergerakan harga tidak akan berubah arah.
Mari lihat beberapa contoh:
- Kehadiran engulfing candle dengan bentuk yang besar dan shadow yang kecil menunjukkan harga mungkin akan meneruskan pergerakan pada arah yang sama. Bulish candle menunjukkan harga akan kekal naik dan bearish candle menunjukkan harga akan terus turun. Sebagai contoh, kehadiran bullish engulfing candle di pertengahan hari menunjukkan anda mungkin tidak akan mendapat posisi jual yang berbaloi sehingga penghujung hari
- Kehadiran candle menurun dengan ekor yang panjang menunjukkan pergerakan naik sudah mula hilang kekuatan dan pergerakan mendatar sehingga penghujung hari. Ini masa untuk menjual namun perlu mencari harga yang sesuai kerana ianya mungkin tidak lagi akan naik sepanjang minggu ini
- Sekiranya anda sedar pada sesetengah candle di carta seperti Doji, mungkin anda tidak dapat menjangkakan pergerakan harga yang tepat
Formasi Setup Perdagangan Berdasarkan Candle Harian Pada Hari Jumaat
Kadang kala anda perasan ada signal dagangan berdasarkan candle harian pada hari Jumaat. Setup dagangan akan memenuhi semua syarat plan dagangan anda. Apa yang anda perlu lakukan sekiranya berlaku seperti ini?
Jawapannya masih sama - anda tidak patut untuk membiarkan posisi anda kekal terbuka pada hujung minggu jadi sila abaikan signa pada hari Jumaat tersebut dan gunakan pada hari Isnin. Mengapa anda perlu bertindak sebegini?
- Pasaran mungkin akan membuat gap semasa hujung minggu dan Stop Loss anda mungkin tidak berfungsi dengan berkesan. Anda mungkin akan kerugian sekiranya
- Posisi anda mungkin akan mengalami kegelinciran
Bagaimana untuk meneruskannya? Jawapannya mudah:
- Sekiranya ada gap pada carta Isnin, anda boleh berdagang berdasarkan gap tersebut
- Sekiranya tiada gap, anda boleh berdagang berdasarkan setup dagangan yang anda jumpa pada hari Jumaat.
Kesimpulan
Kebanyakan pedagang mahu meluangkan masa dan tenang sepanjang hujung minggu tanpa perlu merisaukan tentang posisi terbuka mereka. Disebabkan itu mereka menutup semua posisi yang ada pada penghujung hari Jumaat dan kembali ke pasaran pada hari Isnin. Anda perlu melakukan perkara yang sama.
Walaubagaimana pun, ianya berbaloi untuk menyedari penutupan besar-besaran akan menyebabkan perubahan kecil pada carta. Maksudnya, apabila pergerakan ke atas mula menjaga keuntungan pada penghujung hari Jumaat, harga mungkin akan jatuh sedikit, walaupun arah harga pasaran menunjukkan ianya ke atas. Sila ingat perkara ini sekiranya anda mengekalkan posisi terbuka di hujung minggu.